Rabu, 30 Maret 2011

KATA – KATA BIJAK tentang CINTA

 

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
————————————————————————————

Selasa, 29 Maret 2011

Peristiwa besar dalam Al-Quran (WTC Runtuh)



Rate This

APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade
Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia,
termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.
Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan
digunakan sebagai ‘senjata’ bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolaholah
digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.
Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal
keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.”
Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat
berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan
kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah
kesembilan (at-Taubah).

Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan
peristiwa berlaku pada tahun 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.
Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar
memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian
mendalam.
Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.”
(Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud: “(Surah) ini adalah (sebahagian
daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”
Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar
dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran
datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192: “Dan
sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”
Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr
iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”
Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai
sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.
Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa
Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.
Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-
Rum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun.
Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira
lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.
Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan
al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia
diturunkan.
Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains
mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui
mengenai ilmu sains dan teknologi.
Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa
segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak
secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar
(Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-
An’aam: 125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-
Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah
sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.
Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang
turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan
kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada
iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan
berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan
kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan
sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18
kali).
Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365),
lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah
sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889
peratus.
Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa
agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap
kitab-kitab Allah.
©New Straits Times (M) Berhad
Oleh Nasrullah Rahim
am@hmetro.com.my
http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/
sembahyang@yahoo.com